31 Ogos 1957, tarikh yang saya pasti setiap warga Malaysia tidak akan lupa
pengorbanan askar-askar demi mempertahankan tanah air
Pada masa dahulu, 31 Ogos merupakan tarikh yang setiap warga Malaysia banggakan
kerana ia adalah tarikh Malaya mendapat kemerdekaan
dan pada 16 September Malaysia mendapat namanya
Sorakkan Tunku Abdul Rahman di podium 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!' masih bergelora di ingatan
Kata-kata yang menyentuh hati setiap hadirin di stadium ketika itu
Perasaan bangga dan terharu sebagai rakyat Malaysia
Tetapi kini, 31 Ogos bagaikan satu konspirasi yang ingin ditunjuk-tunjukkan kerana perpaduan kaum negara kita
Kerana perbezaan warna kulit, bahasa and budaya kita
Padahal, perbalahan tentang kewarganegaraan dan asal-usul orang cina dan india masih dipersoalkan
Tidakkah mereka berasa malu dengan perbuatan dan kata-kata kesat yang diluahkan?
Pihak kerajaan menyatakan bahawa jika terdapat penyataan buruk tentang kaum lain, tindakan tegas akan dijalankan
Tetapi adakah ia berguna?
Saya berpendapat bahawa yang patut dititikberatkan adalah keperibadian seseorang itu
Oleh sebab sikap prejudis inilah yang memecahbelahkan perpaduan kami
Jika ingin dibandingkan dengan America, bukankah negara mereka mempunyai lebih kaum, budaya dan bahasa?
Sekiranya begitu, apalah yang patut dibanggakan Malaysia?
Generasi muda kini, hanya melihatkan Hari Kebangsaan ini sebagai cuti sekolah yang dinanti-nantikan
Bagi generasi yang lepas, ia mungkin suatu hari yang harus diperingatkan
Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingatkan jasa-jasa askar-askar wataniah yang mengadaikan nyawa mereka untuk negara kita
Tetapi juga adalah hari yang kita sebagai rakyat Malaysia harus mengenang kembali tindakan kita. Adakah wajar saya berfikiran demikian tentang kaum lain? Adakah patut saya membezakan diri saya dengan kaum lain?
Tidak. Di sini, saya anak Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Sekian
No comments:
Post a Comment