Selama dua hari ini, saya dapat memperhatikan bagaimana orang yang mempunyai karakter yang berbeza melaksanakan tugas mereka. Tetapi, siapalah saya untuk mengutuk baik atau yang tidak tentang mereka?
Pada hari pertama, saya dan rakan-rakan saya bertolak sebelum subuh dan pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Penatnya~ tetapi, ia merupakan hari yang gembira kerana kita dapat bergembira dengan peserta-peserta yang menyertai pertandingan kita. Selain itu, setengah daripada apa yang harus dilakukan, telah dilaksanakan dengan berjaya! ^^V
Hari kedua pula(hari ini), keadaan amatlah kacau-bilau disebabkan orang yang tidak tahu menukar pemikiran mereka ketika krisis berlaku. Padahal, hanya tunggu dan melihat apabila hujan mula turun. Bagaikan orang-orang, mereka berdiri dan menunggu, tidaklah ku tahu apa yang ditunggukan mereka. Arahan-arahan telah diberi tetapi diendahkan juga. Tahukah anda semua bahawa, biarpun anda tunggu dan lihat, tiada apa-apa yang akan terjadi sekiranya anda bertindak? Meluat rasanya melihat mereka buat muka sombong apabila diterima arahan. Benci juga rasanya, mendengar bahawa mereka tiada rasa hormat dan tanggungjawab kepada kedua-dua pensyarah dan senior. Saya dan rakan-rakan sekalian sibuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan harapan adanya bantuan daripada mereka. Sebaliknya, walaupun disuruh sama sekali pun, mereka buat tak endah. Patutkah seorang yang berpelajaran berbuat demikian? Yang tidak berpelajaran pun tahu akan tanggungjawab dan yang betul dan salah. Tetapi apabila seorang yang berpelajaran tidak tahu, ini adalah sesuatu perkara yang amat memalukan.
Selepas acara kita tamat, mereka telah menyusun semula pelan lantai dengan cara yang amat buruk. Patutkah mereka, meletakkan pentas ditengah-tengah jalan. Setiap murid akan melalui jalan itu dan mereka akan bermain dengan pentas itu. Jika ada kerosakkan yang berlaku, walaupun tahu tidak, mereka perlu membayar kos pembaikian kepada pihak sekolah dan reputasi mereka akan terjejas. Selain itu, saya rasa mereka telah membuat sesuatu tanpa atur. Patutkah anda membiar ahli kumpulan anda makan didepan gerai anda apabila orang ramai lalu? Mereka juga tidak menghiraukan sponsor-sponsor yang membuka gerai di acara mereka bagaikan mereka tidak wujud. Mereka juga membuka gerai 'body art' didepan gerai permainan yang agak lasak. Saya tidak tahu adakah mereka terlalu kreatif ataupun tidak menggunakkan logik.
Sedih ku melihat acara yang dinanti-nantikan setiap tahun di sekolah ini, dibinasakan oleh mereka. Tiada seorangpun yang mengetahui tentang acara sedang berlangsung dan tidak ramai orang yang mengunjungi gerai-gerai mereka. Walaubagaimanapun, saya berasa bangga dengan acara-acara yang berlangsung pada tahun lepas kerana kami mendapat hasil yang lebih baik daripada disangkakan.
Saya ingin mengakhiri 'karangan' saya dengan satu peribahasa. 'Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran'
Sekian ^^V
lol..why you tulis in BM pula...XD
ReplyDelete